Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Detik Cemas Kepala Air Tiba-tiba ‘Menyerang’, Dua Dilapor Maut, Seorang Masih Hilang

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan terkorban dalam kejadian kepala air di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina.

Menurut Manila Bulletin, setakat berita itu ditulis, seorang lagi wanita berusia 32 tahun masih hilang dalam kejadian pada jam 1 petang waktu tempatan, Ahad lalu.

Mangsa pertama berusia 17 tahun ditemui kira-kira sepuluh jam kemudian, 14 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hanyut, lapor SunStar.com.ph.

Sementara itu, mayat mangsa kedua yang berusia tujuh tahun pula ditemui pada 11.30 pagi hari berikutnya.

Detik kejadian ngeri itu sempat dirakam menggunakan kamera dron di lokasi kejadian. Dalam rakaman tersebut, kelihatan para pengunjung tidak menyedari bahaya yang menanti sebelum secara tiba-tiba arus besar datang dan menghanyutkan sebahagian daripada mereka.

Malah, seorang individu dilihat terperangkap di atas batu ketika arus semakin ganas, namun nasibnya tidak dapat dipastikan setakat ini.

@thesiakapkeli

Kejadian dikatakan di Cebu, Filipina. Kepala air dtg tiba2. Hati2 ke air terjun musim2 hujan ni.#BeritadiTikTok #NewsatTikTok #fyp #cebu

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Sumber: Manila Bulletin, Sunstar.com.ph

Amira

Love yourself.