Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sepuluh negeri di Malaysia hari ini.
Menurut agensi itu, amaran tersebut dijangka terpakai sehingga jam 7 malam ini.
Berikut adalah negeri dan kawasan yang dijangka terlibat:
Perlis
Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Perak
Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh)
Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu)
Sumber: MetMalaysia