Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Kad Pengenalan Hilang? Ini Cara Nak Buat Permohonan Gantian & Dokumen Diperlukan

Kad pengenalan atau MyKad adalah benda paling penting yang wajib kita jaga betul-betul, malah perlu sentiasa di bawa ke mana-mana. Salah satu fungsi MyKad ini adalah bukti pengenalan diri & status kewarganegaraan kita.

Tapi macam mana kalau MyKad kita hilang? Mengikut Peraturan 13 dalam Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007), siapa yang kehilangan MyKad, mereka perlu memohon kad gantian dengan segera.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan dua syarat untuk permohonan MyKad gantian ini, iaitu pemohon mestilah hadir ke mana-mana kaunter JPN berhampiran untuk permohonan tersebut.

Atau yang kedua, pemohon perlu memohon MyKad gantian secara online di laman web www.jpn.gov.my melalui aplikasi ‘Sistem Gantian MyKad’ bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf warganegara.

Prosedur permohonan

1) Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.

2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan MyKad akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) atau akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya).

3) Laporan polis yang dibuat pula perlulah menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian serta turut menyebut maklumat MyKad yang hilang tersebut.

Dokumen yang diperlukan untuk pemohonan

1) Surat pengesahan / kad kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli / penghulu / ketua kampung / ketua kaum / pejabat daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)); atau

2) Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Bomba dan Penyelamat / penghulu / ketua kampung / ketua kaum / pejabat daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam); atau

3) Bagi kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan kad pengenalan yang hilang.

4) Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari penghulu/ ketua kampung/ tuai rumah / ADUN / ahli parlimen / majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran

Bagi permohonan melalui aplikasi ‘Sistem Gantian MyKad’ dalam portal JPN, bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

Untuk kategori warganegara:-

Untuk kategori bukan warganegara:-

Bagaimanapun, pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang MyKad yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya MyKad lama dijumpai semula.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'