Siakap Keli

MR D.I.Y. Menyumbangkan RM300 Tunai Melalui Touch ’n Go eWallet Kepada 15,000 Pelajar UM

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2021 – Berita baik kepada hampir 15,000 pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada bulan Oktober ini – jenama peruncit tempatan, MR D.I.Y. akan menyumbangkan RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.

Program #DIY4UM melibatkan pengedaran bantuan tunai sebanyak RM4.5 juta yang dilaksanakan dengan usaha sama Touch ‘n Go melalui platform eWalletnya. Bantuan tunai ini akan diberikan kepada para pelajar melalui Touch ‘n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November; dan 30 Disember.

Mengumumkan program bantuan #DIY4UM tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad Adrian Ong berkata, program tersebut bertujuan untuk membantu para pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar dan semudah yang boleh.

Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar dan semudah yang boleh.

“Pembukaan semula kampus adalah satu perkara yang penting untuk pelajar universiti. Setelah sekian lama menjalani perintah kawalan pergerakan, mereka akhirnya dapat kembali meneruskan pengajian di kampus untuk mendapat manfaat penuh dari pengalaman pembelajaran secara bersemuka, serta menikmati interaksi akademik dan sosial bersama para pensyarah dan pelajar lain. Kami percaya adalah penting untuk memastikan mereka dilengkapi dengan barangan keperluan dari segi perlindungan diri dan untuk pembelajaran agar kekal selamat semasa memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing, dan inilah sebabnya kami menyalurkan bantuan tunai ini kepada para pelajar di Universiti Malaya,” kata Ong. 

Beliau berkata para pelajar akan dapat mempersiapkan diri dengan barangan keperluan pembelajaran, peralatan perlindungan daripada Covid-19 dan pelbagai barangan alat tulis di cawangan-cawangan MR D.I.Y serta platform dalam talian menggunakan kredit tunai yang diberikan. Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan jenama MR D.I.Y. Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet. 

Program ini adalah sebahagian daripada usaha sama strategik di antara MR D.I.Y dan Touch ‘n Go yang dimeterai pada bulan Julai tahun ini. Mengulas tentang program bantuan tersebut, Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group berkata, “Kami amat gembira dengan usaha sama kami ini disalurkan untuk dimanfaatkan oleh komuniti, khususnya, para pelajar Universiti Malaya. Kami bersedia untuk menyokong inisiatif ini dan memuji usaha MR D.I.Y yang tampil membantu semasa kita menghadapi pandemik yang mencabar ini.” 

MR D.I.Y. akan menyumbangkan RM300 kepada setiap pelajar.

Semua pelajar undergraduan Malaysia di Universiti Malaysia layak untuk menerima bantuan ini. Mereka hanya perlu mendaftar dalam talian melalui Portal Maya UM dari 3 Oktober 2021 untuk membuktikan mereka mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah.

Inisiatif #DIY4UM ini adalah yang terkini dalam siri usaha sama antara MR D.I.Y dan Universiti Malaya. MR D.I.Y telah bekerjasama dengan UM dan Kementerian Pendidikan selama empat tahun untuk menganjurkan peraduan “DIY Made Simple” untuk sekolah-sekolah di bawah UM’s Community and Sustainability Center (UMCares). Peraduan ini adalah sebuah inisiatif CSR untuk memupuk kesedaran mengenai kelestarian dalam kalangan pelajar sekolah. 

Inisiatif ini menerima pujian daripada Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Syukor, yang menyatakan, “Inisiatif yang signifikan daripada dua jenama ikonik Malaysia ini amat kami alu-alukan. Bagi pihak para pelajar, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MR D.I.Y atas sumbangan ini, dan Touch ‘n Go untuk memudahkan para pelajar menerima dan menggunakan dana tersebut. Kami yakin inisiatif ini akan banyak meringankan beban para pelajar apabila mereka kembali ke kampus.” 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Siti Fatimah