Siakap Keli
Gambar: Siti Aminah Yousoff

Nak Puas Makan Ketam, Wanita Ini Dedah 6 Tips Mudah Nak Pilih Ketam Isi Banyak & Penuh Telur

Ketam adalah antara menu makanan laut yang paling digemari ramai.

Ianya boleh dihidangkan dalam pelbagai menu serta ‘style’ yang berbeza.

Walaupun begitu, apa yang paling penting untuk memastikan hidangan ketam itu sedap bukan sahaja dari cara penyediaannya, malahan cara pemilihan ketam itu sendiri amat memainkan peranan.

Bagi mendapatkan isi ketam yang sedap dan penuh dengan telur di dalamnya supaya puas untuk dimakan, ianya perlu disusuli dengan cara yang betul.

Seorang pengguna Facebook bernama Siti Aminah Yousoff ada berkongsikan tentang tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan banyak telur.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.

Sila rujuk gambar di bawah:

1 : Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik takpe yang penting berat

2 : Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.

3 : Lihat tempat bertanda tu. Pastikan tempat tu berwarna kuning @ ke orenan.

4 : Saya beli 4 ekor ketam tadi. Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.

5 : Setelah dicuci dan dibersihkan. Ni la hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.

6 : Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti. Alhamdulillah
#SayaAnakNelayan

Sumber: Siti Aminah Yousoff

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.