Bagi peminat filem-filem Hindi atau Tamil, mungkin ada yang familiar dengan makanan masyarakat India yang dipanggil Pani Puree. Kalau korang pernah tonton filem Dangal lakonan Amir Khan, mesti korang pernah tengok Pani Puree ni.
Dalam filem Dangal, ada satu babak di mana watak bapa lakonan Amir Khan bagi peluang terakhir untuk anak-anak dia makan Pani Puree. Cara anak-anak dia makan nampak macam sedap betul Pani Puree tu.
Bagi yang teringin nak cuba Pani Puree macam dalam filem Dangal, resepi yang dikongsikan pengguna Facebook Cik Merpati Putih ni mungkin boleh dijadikan rujukan. Nak tahu macam mana nak buat Pani Puree ni, ikuti perkongsian di bawah.
Resepi Pani Puree
Pani Puree is done! Sebab suka tengok cita Tamil malam-malam dah jadi favourite filem. Serius habaq na memang sedap!
Resepi cara saya guna bahan yang ada saja. Tak ikut macam Indian food sebijik sebab barang tak ada.
Inti Kentang

- Kentang atau kacang kuda
- Rebus kentang / kacang kuda sampai lembut dan lenyekan
- Bawang merah( potong dadu)
- Daun ketumbar (potong halus)
- Serbuk jintan putih / jintan manis
- Garam
- Serbuk cili (sikit je nanti pedas pulak)
Gaul je semua bahan ni
Kuah Hijau

- Daun ketumbar
- Daun pudina ( jika ada)
- Cili padi
- Air sejuk sedikit
- Jintan manis/ jintan putih sikit je
- Garam
- Gula secubit jika nak
- Limau nipis atau limau kasturi
Blend ja semua ni gaul dan perasakan dengan garam dan gula, perah limau
Kuah Asam

- Asam jawa
- Gula merah / gula perang / gula putih
Perah asam jawa pastu masak je atas dapur. Perasakan dengan gula merah. Kalau takda gula merah boleh je bubuh gula perang atau gula putih. Masak sampai agak pekat.
Sos Putih

- Mayonis / Yogurt
- Daun ketumbar
- Air sedikit
Gaul je semua sekali.
Pani Pure keping tu beli kat Shopee je.

Cara makan pecahkan sikit, masuk inti semua dalam tu dan makan.

Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Cik Merpati Putih