Siakap Keli

“Takpe Ke Incik Bos?,” Wajib Layan Konspirasi Adu Du Dalam Video Baru BoBoiBoy Terkait Isu Sungai Tercemar Baru-Baru Ini

Baru-baru ini gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan pencemaran sungai membuatkan pengguna kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi punca kejadian tersebut.

Memetik laporan Awani, pada 2019 yang menyatakan bahawa lebih 80% sungai di bandar-bandar utama negara boleh dianggap ‘mati’ dek kerana pencemaran terutama daripada sisa industri yang terus meningkat setiap tahun.

Dalam laporan yang sama, Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mendedahkan bahawa ada sungai berada pada tahap ‘nazak’ dipenuhi sampah-sarap yang terdiri daripada plastik, botol, tayar terpakai, sehingga membentuk pulau kecil yang menyebabkan sungai hitam dan busuk.

Sungai Pisang ‘diserang’ baru-baru ini

Susulan peralihan ke fasa 2 dibeberapa buah negeri, orang ramai mula membanjiri pusat-pusat riadah termasuk, Sungai Pisang yang terletak di Gombak, Selangor . Namun, apa yang mengecewakan apabila kawasan air terjun Sungai Pisang ditinggalkan dengan timbunan sampah sarap.

Tular di media sosial dengan pemandangan penuh ‘sesak’ air terjun itu yang telah tercemar membuatkan rata-rata netizen kesal dengan sikap segelintir pengunjung.

Sungai kotor BoboiBoy seru kuasa air selamatkan dunia!

Sempena Hari Sungai Sedunia tahun ini, BoboiBoy sebagai ‘penyelamat’ air negara turun padang untuk memberi kesedaran dan manfaat pentingnya menjaga air daripada tercemar.

Tengok video YouTube Air Selangor dekat bawah ni. Hayati dan ambil tahu kesan-kesan jika kita berterusan memandang remeh isu ini.

Sekarang dah faham kan kenapa pentingnya kita perlu menjaga sungai kita?

Tak kan nak tunggu BoboiBoy turun juga baru nak sedar? Air ni adalah sumber utama dan keperluan setiap daripada kita. Air juga membawa banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita.  Kalau satu masa sumber air kita tiada, nak ganti dengan apa untuk dapatkan air bersih?

Air Selangor sentiasa berusaha membekalkan air yang bersih dan selamat kepada pengguna dengan mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah, dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mengesahkan yang bekalan air paip selamat untuk diminum terus daripada pili.

Untuk pastikan komitmen mereka ni sentiasa tercapai dalam menyediakan bekalan air bersih dan selamat, kita pun kena sama-sama bantu mereka. Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia yang prihatin, peliharalah sumber air kita. Sungai adalah nadi kehidupan manusia. Orang dulu bergantung dengan sungai, untuk segala keperluan harian. Segelintir daripada kita pula menzalimi sungai. Hormati sungai. Tiada sungai, tiada kehidupan.



Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.