Siakap Keli
Gambar: fakta.indo

(Video) Tak Nampak Apa-apa Kelibat, Kaki Wanita Tiba-tiba Direntap & Ditarik ‘Benda’ Misteri Cetus Tanda Tanya

Satu video yang memaparkan detik kaki seorang wanita secara tiba-tiba ditarik dengan sesuatu telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Instagram bernama fakta.indo.

Dalam video itu, tampak seorang wanita yang berada di bawah kanopi biru sedang sibuk mencari barang dalam sebuah kotak.

Secara tiba-tiba, sebelah daripada kaki wanita tersebut tampak seakan ditarik secara laju.

Tarikan tersebut telah membuatkan wanita itu terseret sehingga ke bahagian dapur.

Selepas ditarik, wanita tersebut bangun dan lari dengan cemasnya ke bahagian depan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki kelihatan memeriksa bahagian dapur tersebut bagi mencari sesuatu yang menarik wanita itu.

Tidak dapat dipastikan ketulenan video tersebut serta apakah sebenarnya yang menarik wanita berkenaan ataupun sekadar video suntingan.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 715 ribu kali.

 

 

 

Sumber: fakta.indo

Aqmal Ezany

I write what is right