Siakap Keli
Gambar: Google/Zakiah Anis

Boleh Cuba Buat, Akak ‘Saintis’ Kongsi Resipi Buat ‘Garlic Butter Spread’, Siap Jelaskan Dari Sudut Biologi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang selalu makan aneka roti dan sandwich, mesti pernah rasa ramuan garlic butter spread yang disapu pada makanan tersebut kan? Bahan asasnya mudah saja, iaitu bawang putih dan mentega.

Namun mungkin tidak ramai yang tahu resipi sebenar yang lebih ‘mendalam’ serta teknik membuatnya dengan betul. Tahukah anda, kalau kita buat garlic butter ni mengikut resipi sebenar, rasanya saling tidak tumpah macam makan di Subway.

Inilah resipi istimewa garlic butter yang dikongsikan pengguna Facebook, Zakiah Anis dalam Masak Apa Hari Ini (MAHN) baru-baru ini. Untuk ketahui resipinya dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

Resipi buat garlic butter, ‘sebijik’ macam kat Subway

Gambar: Zakiah Anis

First time nak post di sini. Walaupun jadi member dah lama dari tahun 2015. Malu, tapi nak jadi peniaga orang kata kena berani. Dulu adik ipar pernah cakap, “Kak Anis, garlic bread subway cenggini ha!” sambil buat tangan best.

Kita pun pi la try. Tak lama lepas tu muncul pula fenomena Korean garlic cheese bread. Baru la saya terfikir, benda yang saya duk buat simpan dalam peti ais dari zaman sekolah dulu rupanya boleh buat duit.

Memandangkan baru semalam saya post di Shopee, belum ada yang membeli lagi. Ingat hari ni saya nak buat jariah la.

Resipi garlic butter spread (200 g):

Gambar hiasan | Kredit: Medical News Today/Google

1) Masak garlic dalam selabu dua. Boleh goreng boleh bakar. Kalau boleh masak betul-betul sebab yang ni yang orang selalu tak ambil berat. Garlic mentah boleh menyebabkan botulism.

2) Mix kan dalam butter. Margarine pun boleh tapi rasanya tak se’ketagih’ macam butter. Bila guna butter ni tekak rasa wangi ja. Paham ka tak paham. Tak tau nak explain macam mana. Yang pasti rasanya buat kita nak makan ratah gitu ja.

3) Masukkan herbs.

4) Simpan di dalam peti ais dalam bekas yang bertutup rapat. Tahan 3 bulan. Kalau buh dalam freezeer shelf life dia lagi lama dalam 6 ke 9 bulan. Boleh la buat bekalan anak pi asrama.

5) Boleh jugak buat masak burger / pasta. Saya pernah try buat masak burger. Abang jual burger boleh la try buat kelainan. Memang padu.

Guna herba apa & kenapa tak letak garam?

Gambar: Zakiah Anis

Difahamkan, campuran herba yang digunakan dalam ramuan garlic butter ini (seperti turutan ketiga di atas) adalah terpulang mengikut selera masing-masing, namun yang disyorkan ialah parsley dan oregano.

Selain itu, ada netizen yang mempersoalkan, kenapa ramuan ini tidak memerlukan garam? Garam itu kan antara bahan paling asas dalam masakan. Namun Zakiah ada menjelaskan sebabnya.

“Memang kami tak buh (garam) sebab butter kami dah masin. Nak buh pun boleh sebab garam menghalang pembiakan bakteria. Tapi kalau acik guna pure butter, unsalted, make sure simpan terus dalam peti ais na,” katanya dalam perkongsian itu.

Selain itu, mungkin ada yang terfikir kenapa resipi di atas (turutan pertama) menjelaskan bahawa bawang putih perlu dimasak betul-betul dan berbahaya jika dimakan mentah begitu sahaja.

Ini mungkin bercanggah dengan amalan orang dulu-dulu yang suka makan bawang putih sebagai ulam dalam sajian. Namun Zakiah menjelaskan, bahaya yang dimaksudkan itu adalah sekiranya ia sudah terendam dalam minyak.

“Maksud saya garlic yang terendam dalam minyak boleh buat botulism. Botulism ni dia macam toksin yang buat kita susah nak bernafas. Bukan makan mentah buat ulam tak boleh,” katanya.

Siapa Zakiah Anis?

Zakiah Anis merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan makanan melalui medium Shopee dan lain-lain. Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak ini memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana (Master) dalam bidang biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara perniagaan yang diusahakan kini termasuklah menjual garlic butter (seperti resipi di atas) secara online. Meskipun minat berniaga, tumpuannya dalam ilmu sains tidak pernah pudar walaupun usianya kini sudah menginjak ke 30an.

Walaupun sibuk menguruskan perniagaan, kini Zakiah sebenarnya sedang menyiapkan penyelidikan peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebab itulah beliau turut berkongsi sedikit fakta sains dalam resipinya.

“Saya kaji pasal macam mana bakteria ni dia boleh buat geng; geng baik dengan geng jahat. Orang panggil ‘co-occurence network‘. Dengan geng ni, depa bersatu untuk tarik ayaq (air), fix nitrogen.

“Ada jugak yang keja dia bioremedy tanah bagi elok. Orang lain tengok pokok yang segar tu macam tu ja. Saya boleh termenung lama dengan tengok pokok sebab membayangkan macam mana perfect nya Allah buat geng bakteria itu,” kongsinya kepada Siakap Keli hari ini ketika ditanya mengenai bidang kajiannya.

Sumber: Zakiah Anis melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.