Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan via Times of India

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Membadai 9 Buah Negeri Sehingga 7 Malam Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia sebentar tadi.

Dalam kemas kini terbaharu pada jam 4.40 petang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sembilan (9) buah negeri yang melibatkan beberapa kawasan sehingga jam 7 malam ini.

Berikut merupakan senarai negeri dan kawasan yang dijangka terlibat:

  • Kedah: Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
  • Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
  • Perak: Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Kampar
  • Kelantan: Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bahru
  • Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin
  • Johor: Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
  • Sarawak: Kuching (Bau dan Lundu), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Limbang (Limbang)
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)

Oleh itu, orang awam yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia

Annur Syahirah

" "