Seorang lelaki terkejut selepas menemui seekor katak tanpa kepala melompat di depannya. Katak ‘zombie’ itu dikatakan terlihat seperti sudah mati sebelumnya namun tiba-tiba ia ‘hidup kembali’.
Menurut laporan Daily Star, lelaki tersebut ada ‘terserempak’ dengan katak tanpa kepala ini beberapa jam sebelum itu dan yakin ia tidak bergerak.
Namun bila dia kembali semula ke tempat sama beberapa jam kemudian, alangkah terkejutnya dia bila haiwan amfibia itu ‘hidup kembali’ dan melompat-lompat di kawasan rumput di situ.
“Sekali pandang saya dah perasan katak tu duduk di celah-celah rumput.
“Merah pada bahagian kepala yang terpotong sangat menyerlah,” kata lelaki 32 tahun itu, memetik laporan Daily Star.
Tambahnya, katak ‘zombie’ tersebut awalnya tak bergerak. Namun setelah dikuis oleh majikannya, tiba-tiba ia melompat dan sempat tertangkap kamera.
“Saya pergi dekat sikit dengan katak tu, bila nampak ia masih bernafas saya hampir muntah.
“Saya rasa kepalanya terpotong kerana terkena mesin rumput.
“Saya pernah nampak bangkai katak yang bernasib sama, tapi tiada satu pun yang selamat,” ujar lelaki berkenaan.
Menurut pakar biologi, Profesor Emily Taylor dari Universiti Politeknik California, memang berkemungkinan badan masih boleh ‘hidup’ tanpa kepala, jika tunjang otak masih ada. Namun katak tersebut takkan mampu hidup lama kerana ia tak berupaya untuk makan atau selamatkan diri dari pemangsa.
Sumber: Daily Star