Siakap Keli

Pegawai Perkhidmatan Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November 2021

Sehingga kini, jumlah peratusan pegawai awam persekutuan yang  mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus, manakala  kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin  adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus (16,902 orang).  

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam akan mewajibkan  semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk mengambil  vaksin bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang  awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan  awam kepada rakyat. Ini juga selari dengan usaha untuk  mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian  penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dikehendaki  untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November  2021. Dalam tempoh ini pegawai yang belum divaksin hendaklah  hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah  disediakan oleh Kerajaan. Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin  atas sebab kesihatan, pegawai hendaklah mengemukakan kepada  Ketua Jabatan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh  pegawai perubatan kerajaan.

Sekiranya pegawai awam masih belum mengambil vaksin selepas  tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada  pegawai perubatan kerajaan maka pegawai tersebut boleh  dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa  yang berkuatkuasa. Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993  [P.U.(A) 395/1993].

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.