Siakap Keli

Ada 4 Faktor Buatkan Nilai Rumah Semakin Roket, Baca Ni Kalau Nak Tau

Ada yang suka ada yang tak suka bila harga hartanah semakin meroket ni, yang tak suka tu buatkan ramai jadi risaulah harga rumah naik, macam mana nak beli?

Sebenarnya apakah faktor yang membuatkan nilai hartanah ni semakin meningkat?

#1 Leasehold vs Freehold

Kalau nak diikutkan, ramai memilih untuk memiliki hartanah jenis freehold berbanding leasehold. Ini kerana freehold akan kekal bersama nama si pembeli.

Leasehold pula adalah aset tetap yang mempunyai had masa maksima selama 99 tahun. Habis sahaja tempoh masa ni, kerajaan akan ambil balik hartanah itu, atau kita sebagai si pembeli ni perlu bayar fi untuk kekal duduk di hartanah berkenaan.

Dalam jenis milikan ini, hartanah freehold lebih mahal berbanding leasehold dan ia lebih baik untuk dimiliki daripada sudut peningkatan nilai jangka masa panjang serta jumlah bayaran pajakan lebih besar.

via GIPHY

#2 Lokasi hartanah

Lokasi sentiasa menjadi elemen terpenting dalam nilai hartanah. Ada beberapa faktor dalam menjadikan lokasi hartanah baik daripada segi nilai, antaranya:

  • Jarak hartanah dengan sekolah, tempat kerja, pengangkutan awam, hospital dan pusat membeli-belah.
  • Ada kemudahan sekuriti yang terbaik serta menjaga komuniti. (CCTV, penjaga keselamatan)
  • Persekitaran semulajadi.

#3 Akses & fasiliti yang lengkap

Kemudahan awam seperti LRT, MRT, bas dan teksi menjadi opsyen dan keperluan penting bagi golongan yang tidak berkenderaan. Jarak berjalan kaki juga boleh menambah nilai hartanah.

Pun begitu, jika fasiliti ini terlalu dekat juga menjadi masalah kepada kawasan hartanah; ini akan menyebabkan kepadatan penduduk, bising dan kemungkinan berlakunya jenayah.

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan, kawasan perumahan yang berdekatan dengan lebuhraya utama akan menjadi mahal berbanding kawasan lain.

Kolam renang, sauna dan taman riadah juga antara bonus tambahan yang menjadikan kawasan itu nilainya meroket tinggi.

#4 Potensi future development

Secara ringkas kita tengok kawasan Bandar Sri Sendayan, Seremban yang dulunya dikatakan kawasan ‘sakit’ kerana pernah menjadi sebuah rancangan tanah Felda berkeluasan 2, 023 hektar tapi kini berubah menjadi sebuah bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta pusat komersial yang semakin membangun.

Perubahan ini sekaligus memberi impak kepada nilai hartanah secara mendadak serta menjadikan kawasan ini, antara kawasan termahal.

“Beli hartanah termurah dalam kawasan yang termahal”

Terletak 12km dari Seremban, Felda Sendayan yang dibuka pada 1963 bertukar status pada 1986 menjadi kampung tradisi dengan nama Kampung Sendayan yang kemudiannya ditukar nama kepada Bandar Sri Sendayan, menjadi sebuah pusat pembangunan baru yang lebih tersusun yang mengambil kira soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sendayan kini menjadi mercu tanda kawasan perumahan moden dan perindustrian serta berada di tengah-tengah kawasan pembangunan yang lebih besar iaitu MVV (Malaysian Vision Valley).

Bandar Sri Sendayan merupakan bandar yang sangat hebat dengan pengalaman para penduduk yang menikmati kualiti hidup lebih baik daripada tinggal di tengah bandar. Menurut satu laporan media, permintaan untuk menjadi penghuni dan pemilik di Bandar Baru Sendayan juga melonjak tinggi dari hari ke hari.

CELYN Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan kediaman konsep moden kontemporari di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan dengan harga bermula RM5XX, XXX

Link untuk pendaftaran

Merupakan kediaman dalam township, CELYN Bayu Sutera dilengkapi pelbagai fasiliti eksklusif serta menepati citarasa zaman kini dengan konsep perumahan mewah moden yang dikelilingi kemudahan terbaik.

Kenapa CELYN di Bayu Sutera patut menjadi pilihan?

Kediaman ini tidak akan membuatkan penghuninya jemu dengan pemandangan dan landskap yang sejuk mata memandang. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan:

Akses lebuhraya

  • NSE (North South Expressway)
  • ELITE Expressway
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • MEX (Maju Expressway)
  • Nilai-KLIA Highway
  • Lebuhraya Damansara-Puchong
  • SKVE (South Klang Valley Expressway)

Pusat beli-belah

  • Mydin Hypermarket Seremban 2
  • AEON Seremban 2
  • Tesco Extra Seremban 2
  • NSK Trade City Seremban
  • Palm Mall

Pusat perubatan

  • Columbia Asia Hospital
  • KPJ Seremban Specialist Hospital
  • Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Pusat riadah

  • S2 Hill Park & S2 City Park

Pusat Pendidikan

  • SMK Felda Sri Sendayan
  • SJK T Bandar Sri Sendayan
  • SJK C Tung Hua S2 Heights
  • SMK Seremban 2
  • Nilai University
  • INTI International University
  • Matrix Global Schools
  • SJK (C) Bandar Sri Sendayan
  • SMK Bandar Baru Sri Sendayan

Selepas penat bekerja dan berulang-alik daripada kota yang sesak, tak teringin ke korang ‘bercuti’ setiap hujung minggu dalam kediaman yang penuh kehijauan?

Link untuk pendaftaran

CELYN Bayu Sutera dilengkapi dengan 325 unit rumah jenis storey link homes bersaiz besar, merupakan rumah terbaru berkonsepkan moden oleh Matrix Concepts yang terletak secara strategik di tengah Bandar Sri Sendayan. Daripada segi reka bentuk, CELYN merangkumi gaya seni bina sofistikated dengan kemasan premium pada setiap lantai.  Setiap unit juga dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur dengan tiga (3) bilik mandi (intermediate & end lots) dan 4 bilik tidur + 4 bilik air bagi corner lots.

Link untuk pendaftaran

Semua unit CELYN ini disusun atur dengan konsep terbuka yang menampakkan ruang kecil kelihatan besar, serta pemandangan ‘open-view’ di ruang tamu. Daripada segi kemudahan pula, setiap pembeli yang membeli mana-mana unit di CELYN Bayu Sutera akan diberikan keahlian clubhouse PERCUMA di d’tempat Country Club yang dilengkapi dengan;

  • Gimnasium
  • Kolam renang
  • Gimnasium air
  • Badminton, Tennis, Squash courts
  • Cineplex
  • Ruang kanak-kanak
  • Bilik membaca
  • Snooker room

Tambahan lagi, kediaman ini berada didalam kawasan yang selamat dimana penduduk akan berasa tenang kerana sistem keselamatan canggih diperkuat dengan penjagaan kemas pegawai keselamatan dan CCTV.

Link untuk pendaftarana

Sekarang ni fasa 1 CELYN BAYU SUTERA dah habis terjual! Macam goreng pisang panas dan fasa 2 akan dilancarkan. Jadi untuk korang yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai projek, daftar maklumat korang di sini https://bayusutera.com/siakapkeli/ atau hubungi di 1800 88 2688.

Nur Farra