Siakap Keli
Gambar Via Azmi Saat

“Kami Datang Bertiga, Tapi Balik Berdua Sahaja,” Azmi Saat Terima Ketentuan Takdir, Syukur Isteri Dibenarkan Keluar Hospital

Bergelar seorang bapa dalam tempoh tiga hari sahaja, Azmi Saat mengatakan bahawa dia dan isterinya telah redha di atas ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Menerusi kiriman terbaru di Instagram, dia mengatakan bahawa dia yakin dengan perancangan Allah SWT dan akan terus bersabar dengan setiap apa yang berlaku.

Menurutnya, isterinya juga sudah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini walaupun doktor menyarankan agar mereka tinggal di situ untuk beberapa hari lagi sehingga isterinya benar-benar sihat.

Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.

Gambar Via Azmi Saat

Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.

Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami mengharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi akhirat,” katanya.

Tambahnya, mereka akan terus kuat menjalani hidup dan yakin bahawa Allah akan memberikan yang lebih baik buat mereka nanti.

Semalam, bayi lelakinya yang diberi nama Afnan dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 1.19 pagi. Sebelum itu, Azmi ada berkongsikan mengenai keadaan arwah anaknya itu yang dikatakan tidak sihat.

Sumber: Azmi Saat

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.