Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat dilaporkan secara rasmi telah mengisytiharkan burung belatuk ‘ivory-billed’ sebagai salah satu daripada 23 spesis haiwan yang pupus di negara itu.
Menurut New York Post, sejak beberapa dekad yang lalu juga, burung belatuk tersebut telah mencetuskan ‘kegilaan’ sehingga dicari di seluruh Arkansas, Louisiana, Mississippi dan Florida.
Para saintis juga telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari semua haiwan tersebut dan satu tumbuhan sejak beberapa dekad yang lalu, namun tidak menemui hasil.
Selain burung belatuk itu, burung Po’ouli juga diisytiharkan pupus sejak ia terakhir kali dikesan pada tahun 90-an.
Pakar mengatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan kesemua haiwan itu pupus adalah disebabkan oleh perubahan iklim dan pembangunan yang pesat.
Sementara itu, sejak Akta Spesis Terancam diluluskan pada tahun 1973, 54 spesis di AS telah dikeluarkan dari senarai pupus setelah populasi mereka pulih.
Disebabkan itu, beberapa orang saintis masih berharap agar satu atau lebih dari 23 haiwan tersebut dapat muncul kembali suatu hari nanti.
Ahli biologi burung Universiti Cornell, John Fitzpatrick, menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk menghentikan pencarian memandangkan berjuta-juta dolar telah dibelanjakan untuk tujuan pencariannya.
Sumber: The Guardian