Siakap Keli

Video Lama Kembali Tular Penyelam Jumpa Bungkusan & Bongkar, Jumpa Kain Putih Kotor Dipercayai Media Santau

Pengguna media sosial di Indonesia kecoh baru-baru ini apabila tersebarnya rakaman video menyaksikan seorang penyelam menjumpai sebuah bungkusan dan membongkar isi kandungan bungkusan berkenaan di dasar laut. Walaupun video itu telah dimuat naik pada Jun, 2020 tapi ia kembali tular setelah sebuah akaun TikTok memuatnaik kembali video tersebut.

Menerusi video itu, penyelam yang membongkar bungkusan tersebut menunjukkan isi didalamnya termasuk pecahan seakan jubin dan sehelai kain putih dengan palitan warna seperti tanah merah yang dipercayai tanah kubur. Susulan itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa ianya adalah salah satu proses santau yang dikirimkan melalui laut atau disebut ‘ikat sukma’ oleh masyarakat di sana. ‘Ikat sukma’ adalah ritual yang boleh membuatkan seseorang atau penerima lemah sehingga tidak berdaya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viral hari ini (@yuukkepo)

Rasa ingin tahu yang membuak-buak tentang hal ini membuat salah satu media di sana menanyakan kebenarannya kepada salah seorang pengamal perubatan terkenal Indonesia, Ki Geni Seketi. Berdasarkan analisis Ki Geni setelah melihat video itu, dia mengatakan bahawa isi bungkusan tersebut bukanlah ‘ikatan sukma’ seperti disebut netizen, tapi ianya adalah kandungan dengan ‘energi negatif’ yang sengaja dibuang. Dia juga menjelaskan bahawa ‘energi negatif’ yang dimaksudkan adalah santau atau ‘guna-guna’.

“Air laut dipercayai boleh menjadi media pembersihan energi jahat ini dan itu sebabnya kenapa ia dibuang ke laut, ” tambahnya.

“Kalau diantara anda yang menemukan benda seperti ini, anda tidak akan terpengaruh atau ‘terkena’ dengan hantaran tersebut kerana anda bukan ‘target’ yang dituju. Nasihat saya, jika terjumpa segera bakar sambil dibaca doa ayat suci yang diyakini.”

“Untuk menghindarkan daripada engergi jahat ni, sentiasa bersihkan rumah. Ini kerana jin atau makhluk halus suka tempat lembap. Jadi, bila ia ditanam, dia langsung cari tempat yang nyaman untuk dihuni dan akhirnya disitulah kita bakal diganggu dan disakiti.” tutupnya.

Sumber: Urbanasia

Nur Farra