Siakap Keli
Gambar Via BBC

Di Usia 76 Tahun, Presiden Filipina, Duterte Umum Bersara Dari Politik, Tak Bertanding Pilihanraya Akan Datang

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, 76, telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari politik selepas penarikan diri dari pencalonan naib presiden bagi pilihan raya tahun hadapan, lapor ABS CBN.

Pada akhir bulan Ogos, Duterte mengatakan bahawa beliau akan mencalonkan diri sebagai naib presiden. Tindakannya itu ternyata mendapat pelbagai kritikan dari rakyat Filipina.

Susulan itu, Duterte pada hari ini tiba-tiba berubah fikiran dan mengatakan bahawa dia mengambil kira sentimen rakyat Filipina yang dapat dilihat dalam tinjauan di forum dalam talian.

“Sentimen rakyat Filipina yang luar biasa terhadap saya adalah saya tidak berkelayakan dan melibatkan pelanggaran perlembagaan.

“Hari ini saya mengumumkan pengunduran diri saya dari politik,” katanya.

Pengumuman itu dilakukan selepas beliau mengiringi bekas pembantunya, Senator Christopher “Bong” Go yang telah mencalonkan dirinya sendiri sebagai naib presiden.

Dengan pencalonan itu, Duterte mengharapkan agar Bong Go berjaya di pilihan raya nanti.

Sumber: ABS CBN

Sofea

There's always another side to every story