Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Jendela: 33 Menara Komunikasi Dijangka Dibina Di Limbang, Sarawak

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Sebanyak 33 menara komunikasi baharu dijangka dibina di Limbang, Sarawak di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

“Susulan masalah ketiadaan capaian Internet di Kg Ulak, Limbang, kerja-kerja baik pulih pada peralatan pemancar di Kg Meritam & Kg Binjai, telah berjaya dipulihkan oleh @MCMC_RASMI.

“Sebanyak 33 menara komunikasi baharu akan turut dibina di sana di bawah JENDELA Fasa 1,” katanya menerusi ciapan Twitter.

Sebelum ini media melaporkan penduduk di Kampung Ulak menghadapi masalah ketiadaan internet sehingga menyukarkan aktiviti harian seperti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.