Siakap Keli
Gambar Via Firda Ashaary

Rasa Manis Daging Tak Hilang, Wanita Kongsi Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock, Lagi Mudah Nak “Defrost”

Barang basah seperti daging, ayam, dan makanan laut merupakan bahan  yang wajib ada di dapur. Namun, agak mustahil untuk membeli kesemua bahan tersebut setiap hari kerana kekangan waktu yang dihadapi terutama bagi golongan ibu atau wanita yang bekerja.

Disebabkan itu, bahan-bahan tersebut kebiasaannya akan diletakkan di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bagaimanapun, bila sudah dibekukan, ia mengambil masa yang lama untuk dinyahbeku sehingga membuatkan proses memasak terbantut. Malah, keadaan bahan-bahan itu juga sudah tidak lagi segar.

Bagi mengatasi masalah ini, anda mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan oleh Firda Ashaary ini.

Menerusi perkongsiannya di group Masakan Berpuaka di Facebook, barang-barang basah perlulah disimpan di dalam plastik ziplock agar ia mudah untuk dinyahbeku.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.

Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual.

Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.

Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.

Kemudian dia pun bercerita,

“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.”

“Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.

“Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah(lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah(bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”

Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan.

“Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.

Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging.

Gambar Via Firda Ashaary

Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.

Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak.

Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.

Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah.

Keluarkan dan rendam ja dalam air.

Gambar Via Firda Ashaary

Ehh betullah,
Lebih cepat defrost berbanding dulu.

Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.

Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.

Tengkiu jiran bagi tips berguna.

Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong.
Tapi tetap ada isi.

Sumber: Firda Ashaary

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.