Dalam kehidupan berkeluarga, amat penting untuk kita menyimpan segala jenis dokumen yang melibatkan urusan kerja, peribadi, kewangan dan sebagainya.
Selain boleh dicetak sebagai ‘bukti hitam putih’, dokumen ini juga penting sebagai persediaan untuk kegunaan masa depan, termasuklah ketika jika kita telah meninggal dunia nanti.
Baru-baru ini, pengguna Facebook yang juga seorang pendidik, Azwani Shaari berkongsi tips menyusun segala jenis dokumen penting yang disatukan dalalm satu fail mengikut 10 kategori.
Oleh itu, jom ikuti perkongsiannya seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat!
Susun dokumen-dokumen penting dalam fail

Alhamdulillah ‘bercinta’ nak siapkan projek ni. Finally, complete jugak. Untuk kali pertamanya setelah 12 tahun kahwin, baru tengok sijil kelahiran suami dan sijil SPM degree dia semua. Sebelum ni tak pernah ambil tahu pun mana letak duduknya.
Motivasi untuk siapkan semua filing ni tak lain tak bukan kerana MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH. Kalau meninggal seseorang, pasangan boleh handle lagi, itu pun susah jugak kalau tak tahu list hutang, pinjaman, aset, password bagai. Kalau meninggal serentak, kesian kat waris nak uruskan.
Tapi dok minta doa sentiasa, moga Allah panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar dan berdikari. Amin.
Langkah pertama, fail mesti seragam. Jangan rembat je fail mana kosong. Beli kat Shopee ni murah je. Ada free shipping lagi. Sheet protecter tu penting untuk isi personally bahagian dalam.
Tulang dan muka depan, boleh order dari printing service oleh Tuan Anwar. Design dan print baru RM5/set. Silalah order. Kalau label tak cun, tak semangat nak buat filing tau. Haha
Senarai fail & dokumen-dokumen di dalamnya

1) Dokumen penting:
- Sijil kelahiran
- Sijil kursus pra-perkahwinan
- Daftar nikah (lelaki & perempuan)
- Passport
- Salinan IC

2) Akademik:
- Sijil UPSR / PMR / SPM / STAM
- Transkrip ijazah
- Tawaran KPLI
- Diploma pendidikan (cikgu memang pelik sikit, dah ada ijazah baru ambil diploma)
- Sijil lain (UCCI cert, induksi, BTN)
- Sijil kecemerlangan anak-anak

3) Kerjaya:
- Surat tawaran pelantikan
- Pengesahan penempatan dan lapor diri
- Surat pengesahan pelantikan
- Surat sah perkhidmatan
- Surat skim pencen
- Cuti tanpa gaji
- Markah penilaian prestasi
- Surat pertukaran
- Sijil APC
- Surat kenaikan pangkat

4) Rumah:
- Deed of assignment
- Sale and purchase aggrement
- Pajakan negeri
- Deed of mutual covenants
- Utiliti (mana-mana yang penting untuk disimpan. Boleh juga simpan online)

5) Kenderaan:
- Geran kereta
- Rekod pembayaran
- Rekod servis

6) Pinjaman:
- Pinjaman perumahan
- Pinjaman peribadi
- ASBf

7) Takaful:
- Takaful hayat
- Takaful perubatan
- Cuepac care
- SSPN-i
- Koperasi guru

8) Kesihatan:
- Rekod antenatal ibu
- Buku kesihatan anak
- Rekod kemasukan ke hospital
- Discaj summary
- Laporan perubatan

9) Faraid:
- Salinan sijil kelahiran / kematian waris
- Salinan IC dan sijil kelahiran
- Salinan sijil perkahwinan dan kad perakuan nikah

10) Sulit dan persendirian:
- URL, login dan password semua media sosial, akaun bank, urusan kerja dan lain-lain
- Nama dan nombor telefon ejen (takaful, Unit Trust, Public Mutual, ASBF) untuk dihubungi
- Senarai pendapatan dan perbelanjaan terkini
- Hutang atau ada duit kelab (dan lain-lain) yang kita pegang
Sumber: Azwani Shaari