Seorang lelaki dilaporkan menemui ketulan tulang seakan tulang manusia di dalam dinding rumahnya, lapor Daily Star.
Menurut portal itu, lelaki tersebut telah terlihat bentuk yang pelik di antara bata dinding sebelum meneliti dengan lebih dekat.
Dia kemudiannya mendapati objek itu menyerupai tulang manusia sebelum menghubungi pihak polis.
“Ini tulang manusia ke? Saya pun tak tahu. Harapnya bukan,” katanya seperti dipetik Daily Star.
Individu itu turut berkongsi di laman TikTok miliknya semasa membawa objek tersebut ke balai polis.
Hasil pemeriksaan, pihak polis mendapati ia adalah tulang kambing dan bukannya milik manusia.
“Baru dapat panggilan daripada pihak polis, katanya keputusan dah keluar. Ia tulang kambing,” katanya lega.
“Jadi itu membuang masa mereka, tetapi apa yang hendak saya lakukan?
Sumber: Daily Star