Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Saya Percaya Masa Untuk Rentas Negeri Sudahpun Hampir, Saya Akan Segera Umumkan..” – PM

Kerajaan bakal membenarkan perjalanan rentas negeri tidak lama lagi. Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, beliau faham keadaan rakyat Malaysia yang tidak dapat berjumpa ibu bapa di kampung.

Dalam temubual khas malam ini, beliau berkata, masa untuk merentas negeri akan tiba sebaik 90 peratus rakyat dewasa mencapai 90 peratus lengkap vaksinasi.

“Kita tidak akan sekat perjalanan rakyat kita selama-lamanya. Saya dah umumkan kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan membenarkan pergerakan rentas negeri.

“Saya percaya masa untuk merentas negeri sudahpun hampir. Saya akan segera umum kebenaran merentas negeri apabila sampai 90 peratus,” ujarnya.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.