Siakap Keli
Kredit: Dinas Elni

(Video) Terus Naik Seri, Wanita Kongsi Cara Kreatif Tampal Tudung Saji Berlubang, Guna Teknik Decoupage

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi individu yang sukakan seni, mungkin ramai yang pernah terdengar mengenai teknik ‘decoupage’. Seni yang menggunakan teknik potong dan tampal sesuatu motif pada permukaan objek ini bukan sahaja boleh mencantikkan barang tersebut, tapi mungkin boleh menyelamatkannya daripada terus dibuang.

Menurut Modpodgerocksblog.com, hampir kesemua permukaan boleh digunakan untuk menghasilkan projek decoupage ini antaranya kayu, tin, kadbod dan kaca. Bagi plastik pula, anda boleh cuba menampal untuk kawasan yang kecil terlebih dahulu untuk memastikan lekatan berlaku dengan baik.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi teknik digunakannya untuk mengembalikan seri tudung saji yang telah berlubang. Menggunakan teknik decoupage, tudung saji anda yang biasa pun boleh berubah menjadi hasil karya yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja melihatnya.

Gambar: Dinas Elni
Gambar: Dinas Elni
Gambar: Dinas Elni

Berikut adalah bahan dan langkah memperbaiki serta menghias tudung saji menggunakan teknik decoupage, dikongsikan oleh Puan Dinas Elni atau turut dikenali sebagai Mokcik Tukang. Kongsi Puan Dinas, tudung saji tersebut boleh dibasuh menggunakan sabun seperti biasa, namun perlulah menggunakan span yang lembut.

Bahan-bahan

  • Kertas napkin
  • Gunting
  • Berus rata
  • Gam PVA atau Mod Podge
  • Span

Cara-cara

1. Gunting corak pada kertas napkin serapat mungkin.

2. Buang lapisan kosong pada napkin.

3. Ratakan gam pada tudung saji dan lekat keratan corak napkin. Menggunakan span kering, tekapkan pada kertas supaya ia menjadi lebih rapi.

4. Ratakan sekali lagi lapisan gam untuk seal permukaan tersebut. Tudung saji decoupage siap!

Gambar: Dinas Elni

Tonton videonya di bawah.

Anda juga boleh menggunakan teknik serupa untuk mencantikkan perabot lama di rumah anda. Jelas Puan Dinas, bagi perabot yang lasak, anda perlu meratakan lapisan epoxy sebagai sentuhan akhir bagi memastikan lapisan corak itu lebih tahan lama.

Ini adalah hasil DIY tangga mini olehnya.

Sumber: Mokcik TukangModpodgerocksblog.com

Amira

Love yourself.