Siakap Keli

Indeks Nilai Seunit Eksport & Import Malaysia Terus Mencatatkan Pertumbuhan Positif 1.4 Peratus Dan 0.9 Peratus Pada Ogos 2021

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2021 – Indeks nilai seunit eksport dan import bulanan Malaysia kekal mencatatkan pertumbuhan positif pada Ogos 2021, masing- masing pada 1.4 peratus dan 0.9 peratus, sebagai mana dipaparkan oleh laporan INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI (2010=100), OGOS 2021 pada hari ini. Penerbitan ini memaparkan statistik indeks nilai seunit dan indeks volum mengikut seksyen bagi eksport dan import barangan.

Mengulas terhadap laporan tersebut, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia berkata, “Indeks nilai seunit eksport bertumbuh 1.4 peratus pada Ogos 2021 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+5.3%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+1.4%) dan alat jentera kelengkapan pengangkutan (+0.6%). Sementara itu, indeks volum eksport merekodkan penurunan 3.2 peratus pada bulan yang sama, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-21.1%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-17.4%) dan jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.9%). Indeks volum eksport pelarasan bermusim meningkat 5.1 peratus daripada 137.0 mata kepada 143.9 mata. Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 16.2 peratus dan 1.9 peratus.”

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut berkata “Indeks nilai seunit import turut menunjukkan pertumbuhan positif 0.9 peratus pada Ogos 2021 berbanding bulan sebelum. Peningkatan ini disumbangkan oleh pertumbuhan indeks minyak galian (+7.2%), minyak lemak binatang & sayur-sayuran (+1.5%) dan barang-barang keluaran kilang (+0.3%). Sebaliknya, indeks volum import menyusut 12.0 peratus pada Ogos 2021 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (- 35.7%), jentera & kelengkapan pengangkutan (-6.2%) dan barang-barang keluaran kilang (-3.3%). Indeks volum import pelarasan bermusim pada Ogos 2021 mencatatkan penurunan 11.0 peratus daripada 154.1 mata kepada 137.2 mata. Berbanding tahun sebelum, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing meningkat 6.4 peratus dan 5.7 peratus.”

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut melaporkan terma perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 105.6 mata pada Ogos 2021. Berasaskan tahun ke tahun, prestasi terma perdagangan Malaysia kekal positif 9.2 peratus daripada 96.7 mata pada Ogos tahun lalu.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara dalam talian (e-Census) sedang dilaksanakan di seluruh negara sehingga liputan penuh dapat dicapai. Semua penduduk Malaysia diseru untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi memastikan tiada yang ketinggalan kerana data anda masa depan kita. Sila layari portal Banci Malaysia 2020 di www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020 untuk maklumat lanjut.

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.