Sehingga bulan Mei 2020, lebih kurang 98.7 peratus responden dalam kalangan rakyat Malaysia memilih aplikasi Whatsapp sebagai medium utama untuk mereka berhubung dengan kenalan mereka.
Tapi ada satu hal di aplikasi Whatsapp ini yang menjadi masalah kepada kita iaitu setiap gambar dan video yang dihantar akan terus disimpan ke dalam galeri telefon pintar kita. Jika ada terlalu banyak group, maka banyaklah gambar dan video akan tersimpan dalam galeri.
Sampai satu masa memori telefon hampir penuh kita terpaksa membuang gambar dan video tersebut. dah jadi satu kerja pulak nak padam gambar yang banyak tu kan.
Hari ini SK nak kongsi cara mudah untuk gambar dan video tidak disimpan di dalam galeri secara automatik. Tak adalah memori korang cepat sangat penuh. Jangan risau, SK akan ajar cara untuk Android dan iPhone sekali.
Android:
- Pergi ke Settings
- Pilih Chats
- ‘Off’ kan toggle ‘Show Media in Gallery’
- Selesai
iPhone:
- Pergi Settings
- Pilih Chats
- ‘Off’ kan toggle ‘Save to Camera Roll’
- Selesai
Semoga cara ringkas ini membantu anda menyelesaikan masalah anda yang memiliki telefon pintar memori kecil.
Sumber: Pocket-lint