Siakap Keli
Gambar via Facebook

Kerajaan Negeri Melaka Dijangka Tumbang Selepas 4 ADUN Umum Hilang Kepercayaan

Keadaan politik di Melaka kembali hangat apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap tampuk pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang dihadiri oleh keempat-empat ADUN Melaka.

Empat ADUN yang terlibat adalah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassann (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Memetik laporan Kosmo, Idris berkata, keempat-empat mereka menarik semula sokongan terhadap Sulaiman dan telah menghantar surat kepada pejabat Ketua Menteri hari ini.

Menurut laporan yang beredar, politik Melaka mula bergolak kerana beberapa spekulasi, termasuk desas-desus keempat ADUN ini bakal lompat parti. Pun begitu, Idris dan Norhizam menyangkal dengan tegas dakwaan tersebut.

Sumber: Kosmo

Eyla Azri