Seorang lelaki di Siberia dilaporkan memukul seorang ahli dermatologi yang dipercayai memuji kecantikan kulit isterinya, lapor Daily Star.
Menurut portal itu, mangsa mendakwa dirinya telah meminta wanita tersebut untuk menunjukkan bahagian siku, perut dan belakangnya ketika rawatan. Selepas pemeriksaan, dia mengaku telah memberitahu kulit wanita itu tidak mempunyai masalah dan cantik. Ujarnya, dia hanya memberi pendapat tersebut secara profesional mengenai kulit wanita itu.
Pujian itu kemudiannya disampaikan wanita tersebut kepada suaminya, membuatkan lelaki tersebut berang dan menyerang doktor berkenaan, tulis Daily Star.
Serangan itu dikatakan telah menyebabkan kecederaan serta gegaran pada kepala mangsa dan lebam.
Susulan itu, penyerang dilaporkan telah diarahkan menjalani perintah tahanan di rumah atas tindakannya itu.
Sumber: Daily Star