Siakap Keli
Kredit: Bernama

Majlis Sosial Dalam Tempat Tertutup Mungkin Antara Sektor Terakhir Untuk Dibuka – Khairy

Majlis sosial di tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir akan dibuka, ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kicauannya hari ini. Kenyataan ringkas menerusi laman Twitter itu adalah bagi menjawab persoalan yang diutarakan oleh seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran mengadakan majlis sosial sekiranya rentas negeri telah dibenarkan.

Dalam kenyataan itu, beliau menjelaskan perkara tersebut adalah berikutan ketidakyakinannya terhadap pematuhan SOP dalam majlis besar seperti acara perkahwinan di mana topeng muka ditanggalkan.

Sebaliknya, pihaknya akan menilai sikap masyarakat terlebih dahulu selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

“Majlis sosial dalam tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka. Saya tak yakin buat masa ini SOP dapat dipantau dalam majlis perkahwinan besar umpamanya di mana topeng ditanggalkan dan orang ramai bercakap dengan mulut penuh makanan.

“Mari kita lihat bagaimana tingkah laku kita selepas rentas negeri dibenarkan,” katanya dalam kicauan tersebut.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.