Siakap Keli
Gambar: @blush.scrub

(Video) Geran Kenderaan Rosak Atau Hilang, Ini Cara Dapatkan Geran Baru Guna Mesin Kiosk JPJ

Bila ada urusan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seringkali terdengar keluhan kerana terpaksa menunggu lama. Mana taknya, memiliki kenderaan ni banyak urusannya, sampai kaunter-kaunter JPJ tu jarang la tak penuh.

Bagi yang masih tak tahu, pihak JPJ telah menyediakan perkhidmatan mesin kiosk untuk mudahkan urusan orang ramai dan pastinya lebih mesra perkhidmatan. Jadi tak payah la korang tunggu lama untuk sesetengah urusan yang sebenarnya tak sampai lima minit pun.

Menurut laman Facebook JPJ Cawangan Teluk Intan, antara perkhidmatan yang disediakan di mesin kiosk ni termasuk:

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) – kereta persendirian sahaja
  • Pembayaran saman
  • Cetakan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) – kereta persendirian sahaja
  • Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan – pendaftaran atas talian
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan – pendaftaran atas talian
  • Pertanyaan Maklumat Kenderaan
  • Pertanyaan Maklumat Lesen Memandu
  • Pertanyaan Makluma Insuran Kenderaan
  • Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) – kereta persendirian sahaja

Untuk guna mesin kiosk ni, korang hanya perlu bawa kad pengenalan dan kad debit dengan baki mencukupi. Pastikan korang adalah pemilik kenderaan tersebut sebab nanti korang akan diminta untuk thumb print semasa berurusan di mesin kiosk JPJ berkenaan.

Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak guna mesin kiosk ni, video yang dikongsikan wanita ini di laman TikTok mungkin dapat membantu. Dalam video tersebut, wanita ni menggunakan mesin kiosk JPJ untuk urusan geran kereta rosak atau hilang. Nak tahu lebih lanjut, ikuti video penuh di bawah.

@blush.scrub

Easy peezyy

♬ original sound – InazLove – InazLove

Mudah je kan, cepat pulak tu. Semoga bermanfaat!

Sumber: JPJ, TikTok

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.