Siakap Keli
Kredit: SCMP

(Video) Mengaku Tak Perasan, Tular Rakaman SUV ‘Panjat’ Ferrari Putih Di Persimpangan Lampu Isyarat

Mendakwa dirinya tidak sedar kewujudan sebuah kereta Ferrari di hadapan, seorang individu dilaporkan ‘memanjat’ kenderaan itu dengan kereta SUV miliknya.

Dalam kejadian di China itu, sebuah Ferrari berwarna putih telah berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, menunggu gilirannya untuk berjalan, lapor SCMP.

Namun secara tiba-tiba, sebuah SUV dari arah bertentangan telah bergerak ke hadapan sehingga ‘memanjat’ bahagian bonet hadapan kenderaan itu. Memetik kenyataan polis, pemandu SUV tersebut mengaku tidak menyedari kewujudan Ferrari berkenaan sebelum melanggar kereta tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah SCMP, video detik kejadian itu telah tular di negara tersebut di mana netizen mengutarakan pendapat masing-masing. Sebahagian netizen percaya pemandu SUV tersebut sedang memandu sambil menggunakan telefon manakala sebahagian lain turut menyalahkan pemandu Ferrari yang dikatakan berhenti di hadapan garisan sepatutnya.

Sumber: SCMP

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.