Siakap Keli

(Video)”Pastikan Ada Benda Ni,” Mekanik Bongkar Cara Untuk Elakkan Diri Ditipu Bengkel Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi sesiapa yang memiliki kereta, mesti pernah berdepan fasa ‘getir’ apabila kenderaannya rosak dan tidak pasti apa punca kerosakannya, kan?

Mahu baiki sendiri, tidak ada ilmu langsung tentang automotif pula. Nanti tidak pasal-pasal, jadi macam peribahasa bagai tikus membaiki labu.

Jadi, solusi terbaik yang terlintas dalam kepala ketika itu adalah perlu menghantar kereta tersebut ke bengkel kereta dalam kadar segera.

Tapi setibanya di bengkel, timbul pulak rasa ‘was-was’, adakah mekanik itu boleh dipercayai? Betulkah dia betul-betul ‘memahami’ masalah kereta kita?

Bagaimanapun kebimbangan ini terjawab apabila seorang abang ‘pomen’ kereta, Muadz Mustafha berkongsi cara-cara elak ditipu ketika di bengkel.

 

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, Muadz berkata, biasanya bengkel tidak ‘berani’ nak menipu orang yang ada pengetahuan tentang kereta.

Jelas Muadz, sikap ambil tahu tentang kereta menunjukkan bahawa kita memang betul-betul prihatin terhadap kenderaan tersebut.

“Biasa orang nak menipu ni, dia tak buat kat semua orang. Dia akan tengok juga mangsa dia”

Selain itu, tambahnya, selepas kereta dihantar ke bengkel, kita boleh meminta ‘job order‘ daripada pihak bengkel untuk membuat semakan.

Ketika itu, kita digalakkan untuk banyakkan bertanya kepada mereka mengenai status keadaan kereta seperti jenis kerosakan, masalah, isu yang berlaku dan seumpamanya.

Setelah semua semakan dibuat dan penerangan mengenai kerosakan kereta diberikan dengan jelas, barulah kita boleh menandatangani perjanjian pembaikan seperti dalam ‘job order‘ tersebut.

“Lepas pomen checking kita punya kereta, pastikan ada benda ni. Masa pomen advise kita tentang hasil checking, kita dengar dan bagi banyak soalan”

Tahukah anda, Muadz turut memberitahu, sebaik-baiknya kita perlu kekal menghantar kereta ke satu bengkel sahaja dan jangan kerap tukar-tukar bengkel.

Jelasnya, hal ini penting supaya kita ada rekod servis dan turut boleh menjadi pelanggan tetapnya (regular customer). Untuk keterangan lebih jelas, sila tonton video penuh Muadz ini.

@muadzmustafha

Cara elakkan ditipu bengkel👌 #tipkereta #berkongsimanfaat #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Video bermanfaat Muadz ini telah ditonton lebih 129,000 kali setakat ini. Rata-rata netizen sangat berterima kasih kepadanya atas jasanya ‘membongkar’ isu penipuan di bengkel kereta yang ramai tidak sedar.

Sumber: TikTok Muadz Mustafha

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.