Siakap Keli

Ini Cara Nak Mohon Sijil Digital Pengecualian Vaksin Covid-19 Jika Menghidap Masalah Kesihatan Tertentu

Individu yang tidak boleh divaksin atas masalah kesihatan tertentu boleh memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) COVID-19. Sijil ini amat penting untuk memudahkan pergerakan fizikal bagi golongan berkenaan.

Sekiranya anda termasuk dalam golongan tersebut dan ingin memohon, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:

  1. Sila bawa slip Penilaian Pra-Vaksinasi (Pre-Vaccination Assesment / PVA) dan dapatkan pengesahan daripada pakar perubatan yang berdaftar yang merawat anda.
  2. Kemudian bawa slip PVA yang telah disahkan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan untuk memohon sijil digital pengecualian vaksinasi.
  3. Sijil digital anda akan diproses dalam tempoh tujuh hari oleh MySejahtera.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, individu berkenaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan lebih ketat secara kendiri. Walaupun telah diberi kemudahan, individu ini perlu tetap memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. Hal ini kerana, mereka lebih berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19.

Alternatif ini diberikan buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor mudarat terhadap kesihatan. Ia juga berfungsi sebagai dokumentasi untuk golongan ini bagi memudahkan pergerakan fizikal.

Sumber: KKM

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.