Seekor aligator gergasi di South Carolina dirakam memakan spesiesnya sendiri yang bersaiz lebih kecil.
Menurut Mirror UK, rakaman tersebut menunjukkan pemangsa itu menggigit seekor aligator dipercayai bersaiz enam kaki sebelum menelan keseluruhan badan mangsa.
Aligator yang lebih kecil itu dikatakan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan ekornya, namun tidak berjaya.
Tambah portal itu, video berkenaan telah dirakam seorang individu yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di kawasan belakang rumah ibu bapanya.
“Kejadian ini berlaku di belakang rumah ibu bapa saya hari ini (Khamis). ‘Snek’ itu ialah aligator bersaiz enam kaki,” katanya seperti ditulis Mirror UK.
Jelasnya, aligator yang lebih kecil itu dipercayai telah memakan seekor anak aligator pada minggu lalu, iaitu beberapa hari sebelum dibunuh.
Pegawai Ikan dan Hidupan Liar dipetik berkata, tabiat memakan spesies sendiri itu merupakan lumrah reptilia berkenaan.


GIANT ALLIGATOR EATS SMALLER ONE
credit: @Soper_TandC pic.twitter.com/jxHs7loQYz— PhukDupNews (@phukdupnews) October 4, 2021
Sumber: Mirror UK