Siakap Keli

DoubleTree by Hilton Hotel Di Putrajaya, Port Best Ala Resort Untuk Korang Pergi Bercuti

Baru-baru ni, salah satu hotel yang paling terkenal di Putrajaya iaitu Pullman Putrajaya Lakeside telah ditutup secara kekal dan akan digantikan dengan hotel baharu iaitu DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.

DoubleTree ni sebenarnya ialah yang pertama ditubuhkan oleh Hilton di kawasan Putrajaya dengan kapasiti 290 bilik yang dimiliki oleh Idaman Putrajaya Sdn Bhd dan diuruskan oleh Hilton.

Sebahagian Hilton Honors dengan keistimewaan berganda

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ni sebenarnya adalah sebahagian daripada Hilton Honors yang merupakan program kesetiaan tetamu dan sudah memenangi anugerah untuk 18 jenama hotel Hilton.

Ahli Hilton Honors yang menempah secara langsung melalui saluran Hilton pilihan akan jimat masa dan wang, serta akses segera ke faedah yang paling diminati seperti diskaun ahli eksklusif, Wi-Fi percuma dan jugak slaid pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli memilih hampir semua kombinasi point dan wang untuk menempah penginapan.

Ciri-ciri bilik DoubleTree by Hilton

  • Bebas rokok,
  • Mempunyai Wi-Fi percuma untuk ahli Hilton Honors,
  • TV layar datar dengan saluran HD,
  • Perkhidmatan bilik 24 jam.

Pilihan relaksasi yang pasti dinikmati oleh ibu bapa dan juga anak-anak

  • Kanak-kanak pasti akan suka ‘Splash Pool’,
  • Ibu bapa pula boleh datang ke pusat kecergasan yang lengkap untuk workout.
  • Beriadah di Tasik Putrajaya dengan berjogging atau berbasikal.

Pemandangan hijau dan air biru sesuai untuk yang ingin lari dari kesibukan kota

  • Monumen Millenium,
  • Masjid Putra berwarna merah jambu,
  • Pavilion Maghribi,
  • Taman Botani Putrajaya,
  • Pusat membeli-belah untuk shopping, tengok wayang dan main bowling pon boleh sebab dekat je.

Penyediaan makanan yang serba lengkap dan lazat di hotel

  • Hidangan tempatan dan antarabangsa ada kat restoran hotel,
  • Restoran nama ‘Makan Kitchen’ beroperasi sepanjang hari, menyediakan hidangan istimewa dari masakan Melayu, Cina, India, Iban dan Peranakan dengan harga murah je,
  • ‘KOFFEE’ pulak ada banyak pilihan kopi dengan pastri berwarna-warni dan juga makanan ringan.

Kalau hotel pon dah besar, mesti lah hotel ni akan jadi tempat yang sesuai untuk pelbagai majlis dan acara korporat atau intim. Dengan ruang acara seluas 3.773 meter persegi dan penyediaan bilik terbesar adalah 926 meter persegi, hotel ini ada 22 bilik mesyuarat.

Tak semestinya untuk penginapan, sesuai juga untuk majlis korporat.

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside juga turut menyediakan beberapa fasiliti untuk kegunaan perancangan majlis. Sesuai untuk orang ramai yang ingin mengendalikan mesyuarat sesama ahli pejabat. Selain itu, untuk meraikan majlis perkahwinan juga boleh kerana pelbagai kemudahan majlis yang telah disediakan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

  • Projektor LCD,
  • Wi-Fi dan internet berwayar,
  • Kemudahan video dan telekonferensi,
  • Sistem suara digital,
  • Pengurus Acara untuk memberikan sokongan teknikal yang diperlukan,
  • Ruang pertemuan Temenggor dengan pemandangan hujung selatan tasik Putrajaya yang sangat santai.

1,000 point untuk setiap penginapan

Hotel ni dah umumkan yang ahli Honors akan menerima 1,000 mata bonus dengan penginapan maksimum selama lima malam tau. Offer ni akan dapat kalau tempahan dibuat pada 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, semasa membuat tempahan terus dengan Hilton.

Langkah cegah covid-19 untuk setiap pengunjung

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside turut serta dalam ‘Program Hilton CleanStay’ untuk membantu para tetamu menikmati pengalaman yang bersih dan selamat sepanjang penginapan mereka. Piawaian baru di bawah Hilton CleanStay merangkumi Hilton CleanStay Room Seal. Ini menunjukkan bahawa bilik takkan dapat diakses selagi belum dibersihkan dan dibasmi kuman, pembersihan tambahan kawasan dan barang umum, daftar masuk tanpa sentuhan, teknologi pembasmian inovatif dan pilihan pembersihan rumah yang fleksibel.

Lokasi DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside: No 2, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya, 62200, Malaysia.

Menariknya, hotel gaya resort ni cuma 20 minit je dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & 2) dan 40 minit je dari Pusat bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya KL-Putrajaya yang baru. Sebab tu la hotel ni akan jadi tempat persinggahan yang perfect untuk pelancong dan pelancong perniagaan. 290 bilik di hotel tersebut telah dipecahkan kepada empat jenis penginapan untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Nor Fakhry