Siakap Keli

Makluman Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Kepada Pekebun Kecil Sabah Dan Sarawak

Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, Insentif Pengeluaran Getah  (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB  berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang  (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. 

Pada bulan September 2021, harga purata peringkat ladang bagi  cuplump adalah seperti berikut: 

a) Semenanjung : RM 2.70 sekilogram; 

b) Sabah : RM 2.35 sekilogram; dan 

c) Sarawak : RM 2.45 sekilogram.

LGM ingin memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan  September 2021 di Sabah dan Sarawak dengan bayaran pada  kadar seperti berikut: 

a) Semenanjung : RM 0.00 (Tiada bayaran) 

b) Sabah : RM 0.15 sekilogram (50% KGK)/ RM 0.30 sekilogram (100% KGK);dan 

c) Sarawak : RM 0.05 sekilogram (50% KGK)/ RM 0.10 sekilogram (100% KGK)

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada  pengeluaran bulan September 2021 mulai 1 hingga 31 Oktober 2021.

Siti Fatimah