Gara-gara ekor tersimpul sesama sendiri, tujuh anak tupai terpaksa dibantu polis untuk melepaskan diri.
Menurut Mirror UK, satu panggilan kecemasan telah dibuat pada Jumaat di Michigan bagi meminta bantuan melepaskan tupai berkenaan.
Difahamkan, haiwan-haiwan itu tersangkut sesama sendiri tidak lama selepas dilahirkan sebelum terjatuh ke atas tanah apabila telah membesar dan tidak lagi muat berada di dalam sarang.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak polis dengan berhati-hati melepaskan simpulan pada ekor tupai-tupai berkenaan sambil diperhatikan induknya, tulis portal itu.
Detik bermakna tersebut kemudiannya telah dikongsikan di laman rasmi Facebook polis berkenaan.
“911 menerima panggilan mengenai tujuh tupai yang terbelit ekor mereka. Dipercayai mereka tersangkut sesama sendiri semasa berada di dalam sarang dan membesar sehinggalah sarang tidak dapat menampung mereka lagi.
“Dengan pemantauan ibu tupai, anggota polis dengan bantuan seorang penduduk berjaya memisahkan tujuh anak tupai tersebut,” tulis laman itu memetik Mirror UK.


Sumber: Mirror UK