Kehadiran kumpulan monyet atau kera mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang, namun ia juga sebenarnya boleh memberikan ancaman kepada kawasan kebun atau kediaman jika sudah tidak terkawal.
Manakan tidak, apabila haiwan itu mula merasakan bahawa sesebuah kawasan mempunyai ‘bekalan’ makanan, mereka akan berulang kali datang dan sangat sukar untuk dihalau. Jika tidak mendapatkan makanan yang diinginkan, mereka mungkin akan bertukar agresif dan menyerang manusia.
Disebabkan itu, langkah proaktif perlu diambil untuk menghalau kera tersebut. Namun, janganlah menghalau dengan menggunakan kekerasan kerana mereka juga berhak untuk hidup.
Bagi yang buntu dan tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menghalau haiwan itu, anda mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan oleh Farhan ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Farhan menunjukkan cara untuk menghalau kera iaitu dengan menggunakan ular plastik, dengan harapan agar kera akan takut dengan ular tersebut.
Menurut Farhan, dia telah melakukan pelbagai cara sebelum ini namun tidak berhasil.
Harap kera terpedaya
Walaupun hanyalah plastik tetapi ‘ular’ yang dibeli di Shopee tersebut dilihat sangat real setelah ia diisi dengan angin.
Hasilnya, ‘ular-ular’ yang diletakkan di batang pokok kelapa dan di atas dahan pokok itu telah berjaya memperdaya kumpulan kera tersebut apabila mereka tidak lagi muncul selepas tiga hari.
“Kelihatan mereka tidak muncul selepas tiga hari, lepas seminggu aku update lagi,” kata Farhan.
@akaf_arhan Macam2 petua sudah dibuat..malangnya semua gagal😌 Tq kpd @weneverwherever yg mencadangkan😆 #fypシ #fypdongggggggg #fypmalaysia #fypindonesia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara yang dilakukan oleh Farhan itu dan ada juga yang berseloroh mengenai ular plastik itu dengan mengatakan bahawa ia juga boleh menakutkan manusia.
Ni dah level lain ni
Aku pun tak lalu dah situ
Risau pulak tertukar dengan ular betul
Bayangkan kalau ada orang call bomba
Sumber: akaf_arhan