Siakap Keli
Gambar: Bangkapos.com

(Video) Detik-detik Pengantin Tiba-tiba Menjerit Ketika Akad Nikah, Dipercayai Disihir

Satu video yang memaparkan detik-detik upacara akad nikah sepasang pengantin telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, pengantin wanita itu secara tiba-tiba menjerit sewaktu proses akad nikah berlangsung. Ada yang menyatakan bahawa dia telah terkena ilmu sihir.

Dapat dilihat dalam video itu, proses ijab kabul tersebut bermula dengan lancar. Penghulu, wali nikah, saksi perkahwinan dan sejumlah saudara mara turut hadir.

Kedua-dua pasangan pengantin itu juga sudah datang ke hadapan penghulu. Mereka dilihat mengenakan pakaian pengantin serba putih. Pengantin perempuan juga kelihatan cantik dengan solekan di wajahnya.

Penghulu pun didengari sedang membacakan doa sebelum akad nikah dimulakan. Kedua-dua belah pihak keluarga yang hadir pun turut menyaksikan ijab kabul tersebut.

Sementara itu, pengantin lelaki duduk yang berdampingan juga dilihat menundukkan kepala. Keduanya kelihatan khusyuk dalam proses akad nikah itu.

Pada awalnya, proses ijab kabul itu berjalan dengan sangat lancar. Namun begitu, perkara aneh mulai terjadi kepada pengantin wanita tersebut.

Pengantin wanita yang dari awalnya tertunduk secara tiba-tiba mengalihkan pandangannya dengan mendongak ke bahagian atas.

Dia seolah-olah terdengar sesuatu sehinggakan tampak tercari-cari dari mana datang suara tersebut.

Tak lama selepas itu, dia rebah dari tempat duduknya dan kelihatan sedang ketakutan. Dia juga secara tiba-tiba menjerit sehingga histeria dan tidak sedarkan diri.

Pada ketika itu, detik upacara ijab kabul tersebut terus berubah menjadi kecoh.

Sebilangan saudara mara juga turut didengari mengucapkan takbir semasa mereka terlihat perkara aneh itu berlaku pada pengantin perempuan.

“Allahuakbar ema, Ya Allah ema,” jerit seorang wanita.

Wanita dalam video itu dapat didengari bertanyakan apa yang berlaku kepada pengantin perempuan. Melihat kejadian itu, pengantin lelaki yang berada di sebelah turut membantu bakal isterinya.

Sebilangan saudara-mara juga dilihat membantu untuk menyedarkan kembali pengantin wanita yang secara tiba-tiba histeria dan lemah itu.

Video tular itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @kamerapengawas.id.

Dalam kapsyen video tersebut, dinyatakan bahawa pengantin perempuan telah terkena sihir semasa proses ijab kabul berlangsung.

Sebahagian warganet mengesyaki bahawa pengantin perempuan itu dirasuk. Sebilangan lagi menyatakan bahawa mereka berasa seram melihat kejadian itu. Beberapa warganet menyatakan video itu adalah video lama.

Ianya kerana kualiti video itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Ada juga warganet yang mengatakan kejadian itu berlaku pada Ogos lalu.

Difahamkan bahawa kejadian dalam video tersebut dikatakan berlaku di Jawa Barat, Indonesia. Sebilangan penduduk yang menyaksikannya mendengari bahawa terdapat bahasa Sunda di dalam video itu.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan, bila atau dimanakah lokasi tepat serta kebenaran video tersebut.

Sumber: TribunJabar.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.