Siakap Keli
Gambar: @yogibetter_11

(Video) Macam Sampan Seberangi Sungai, Pemandu ‘Selamber’ Bawa Kereta ‘Berenang’ Di Air Dalam

Sebuah kereta Hilux tular di media sosial selepas dirakam merentasi takungan air bagaikan perahu yang sedang melalui sungai.

Menurut Otomotif.kompas.com, kenderaan itu merentasi air yang dalam sehingga menutupi bahagian bonet kereta berkenaan.

Memetik Ketua Jabatan Sokongan Teknikal Pengedar PT Toyota Astra Motor, Didi Ahadi, hal itu merupakan tindakan berisiko kerana ia boleh menyebabkan air masuk melalui lubang udara dan ke dalam mesin.

Ujarnya, pemasangan aksesori seperti snorkle diperlukan ketika melalui kawasan air yang dalam bagi menggantikan fungsi saluran udara standard agar dapat melindungi jentera ketika pemanduan offroad.

Snorkle diperlukan untuk offroad ketika melalui kawasan takungan air yang tinggi supaya air tidak masuk ke bahagian dalam sekaligus mengelakkan water hammer,” katanya seperti ditulis portal tersebut.

Udara yang masuk ke saluran snorkle terus menuju ke penapis udara dan disalurkan ke ruang mesin. Pun begitu tambahnya, jika berhadapan kawasan air yang tinggi, adalah lebih baik menghindari bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

Rakaman aksi tersebut telah dikongsikan di akaun TikTok @yogibetter_11 dan mendapat lebih 473 ribu tontonan sejak dimuatnaik.

@yogibetter_11

banjir lagi boskuu😂 #fypシ #hilux @dickygustisetiaji @gigasi3 @verdyandwi123 @wahhyyuu20 @iyan_erlangga @juliantrianda #fyp #fypdongg #fypシ゚viral #t

♬ suara asli – NandaYogiPratama🇲🇨 – NandaYogiPratama🇲🇨

Sumber: Otomotif.kompas.com, @yogibetter_11

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.