Siakap Keli
Gambar: @aanymous22

(Video) Rambut Korang Ada Masalah Kelemumur? Syampu Ini Korang Kena Cuba, Harga Tak Sampai RM20

Kelemumur adalah satu keadaan pada kulit kepala mati dan kering secara berlebihan. Masalah kelemumur ni menyebabkan kegatalan kepada kulit kepala yang kadang-kadang buat kita tak selesa.

Selain kegatalan pada bahagian kepala, tanda-tanda ‘kehadiran’ kelemumur ni juga boleh kita lihat bila adanya kelupasan berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu serta pakaian.

Menurut portal MyHealth, kelemumur boleh terbentuk atas beberapa faktor. Antaranya ialah jarang bersyampu atau tak membilas rambut dengan sempurna, penggunaan penyembur atau gel rambut yang terlalu kerap dan pewarna rambut yang tak betul.

Di samping faktor luaran, perubahan hormon, pengeluaran minyak berlebihan, tekanan perasaan dan rendah daya imuniti juga boleh menjadi faktor pembentukan kelemumur.

Bagi yang mengalami masalah kelemumur, korang boleh guna syampu anti kelemumur untuk merawat masalah kulit kepala ni. Kalau tak tahu nak mula dari mana, video yang dikongsikan pengguna TikTok @aanymous22 ni mungkin dapat membantu.

Melalui video tersebut, wanita ini berkongsi satu syampu yang dipercayai boleh merawat masalah kelemumur dan gatal kulit kepala. Syampu ni korang boleh beli di Shopee je dengan harga tak sampai RM20. Nak tahu lebih lanjut pasal syampu ni, ikuti video penuh di bawah.

@aanymous22

Comment la korang nak saya racun shopee korang apa lagi #racunshopee #shopeehaul #unboxingshopeehaul #shampooreview #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Sam Arrow

Sumber: MyHealth, TikTok @aanymous22

Eyla Azri