Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka baru-baru ini, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan tampil meminta maaf kepada rakyat negeri Melaka dalam satu sesi sidang media hari ini.
Nor Azman turut dilihat mengalirkan air mata sambil menyusun sepuluh jari, menyatakan keikhlasannya memohon maaf kepada rakyat negeri Melaka atas insiden yang berlaku.
“Saya minta ampun maaf, rakyat negeri Melaka. Maafkan kami, saya cakap ikhlas, nangis saya bukan main-main. Saya sayang tanah tumpah darah saya, saya minta maaf pada rakyat negeri Melaka, kami buat ini untuk kamu semua,” kata Nor Azman dalam sidang media tersebut.
Beliau bersama tiga lagi ADUN telah menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkuatkuasa 4 Oktober lalu.
@501awani Klik link untuk berita lanjut #Fyp #BeritadiTiktok #AWANInews #MelakaMemilih #PolitikMelaka #News
Sumber: Astro Awani