Siakap Keli
Sumber: Youtube

(Video) Tular Ikan Haruan ‘Raksasa’ Didakwa Seberat 500kg Di Tepi Sungai, Rupa-rupanya…

Bagi setiap kaki pancing, pasti sudah cukup kenal dengan kepelbagaian spesies ikan air masin dan ikan air tawar yang mendiami perairan kita. Antara spesies ikan air tawar yang sering dicari pemancing ialah kelah, sepat dan haruan.

Menyentuh tentang ikan haruan, spesies ini banyak dijumpai di kawasan air payau dan biasanya didapati di sekitar negara-negara Asia Tenggara termasuklah di Indonesia dan Malaysia.

Merujuk Umpan, ikan yang dinamakan dengan nama saintifik Channa striatus ini dikatakan memiliki kemampuan daya bertahan hidup atau survival yang sangat tinggi.

Antara kawasan perairan air tawar yang menjadi lokasi habitatnya termasuklah di sungai, terusan, sawah padi, tali air, bekas lombong, paya, kolam tadahan, kolam terbiar dan seumpamanya.

Haruan terbesar di dunia, miliki berat 500 kg?

Sumber: Youtube

Namun baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rakaman seekor ikan haruan yang bersaiz sangat besar. Dikatakan berat ikan haruan ‘gergasi’ tersebut mampu mencapai sehingga 500 kilogram, ianya menjadi persoalan bagaimanakah ikan sebesar itu boleh wujud di sungai berkenaan.

Bagaimanapun segala persoalan ini terjawab apabila haruan gergasi itu sebenarnya merupakan replika yang dicipta oleh Jambrong 99 atau bahasa mudahnya, itu hanyalah sekadar patung buatan tangan.

Jambrong ada berkongsi proses pembuatan ikan haruan gergasi tersebut menerusi laman Youtube miliknya baru-baru ini. Segalanya bermula dengan pengalihan serta penyusunan batu-batu sungai yang berada di situ.

Badan ikan itu dibentuk hanya menggunakan batu-batu sungai tersebut. Setelah itu, Jambrong menggunakan simen bagi membentukkan lagi struktur binaan menjadi lebih sempurna seperti ikan haruan sebenar.

Sisik pada badannya pula dilorekkan menggunakan sejenis alat tajam. Ini penting bagi menampakkan lagi bentuk sebenar ikan haruan secara lebih realistik. Prosesnya berakhir dengan fasa mengecat mengikut warna asal haruan.

Ikuti perkongsian Jambrong melalui videonya di bawah ini.

Sumber: Jambrong 99 / Umpan / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.