Siakap Keli
Gambar: Streamcar & @konggutan

“Ingatkan Kereta Meletup Kalau Tekan,” Ini Sebenarnya Fungsi Butang Pada Meter Yang Ramai Tak Tahu

Pasti ramai daripada kita yang dah miliki kereta sendiri. Kereta dah jadi satu keperluan untuk memudahkan pergerakan, tambahan pula pada waktu kecemasan. Maka tak hairanlah kalau ramai yang memilih beli kereta sendiri berbanding naik pengangkutan awam.

Walaupun dah lama ada kereta, korang tahu tak semua ciri-ciri dan fungsi yang ada dalam kereta korang? Contohnya macam butang dalam gambar bawah ni. Bagi yang baca manual dan dah tahu, syabas!

Gambar: Streamcar

Tapi bagi yang tak tahu, butang ni bukan sekadar ‘hiasan’ je tau kat dashboard korang. Butang yang ada kat bawah meter ni berfungsi untuk adjust kecerahan lampu meter korang. Misalnya korang rasa terganggu dengan kecerahan lampu meter ni masa memandu, boleh la setting guna butang ni.

Korang boleh ubah kecerahan lampu meter ikut keselesaan masing-masing. Nak malapkan boleh, nak cerahkan pun boleh, macam video yang dikongsi di bawah ni. Kan lega sikit mata tengok meter tu.

@konggutan

Slalu komplen terang, baru tau boleh adjust😌 #peroduaviva #perodua #fyp

♬ original sound – Konggutan – Konggutan

“Selama ni takut nak tekan..”

Di ruangan komen, tak sedikit warga net yang sebelumnya tak tahu fungsi butang bawah meter ni. Ada juga yang takut nak tekan butang ni sebab risau kereta meletup.

Lepas ni takda la sakit mata tengok lampu meter sendiri. Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok @konggutan

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.