Siakap Keli
Kredit: The Sun

Pelajar Perempuan Dilapor Alami Cacat Kekal, Dipercayai Setelah Dipaksa ‘Ketuk Ketampi’ 150 Kali Sebagai Hukuman

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan mengalami cacat kekal selepas dipaksa melakukan 150 kali ‘squats‘ sebagai denda di sebuah sekolah vokasional di Sichuan.

Lapor The Sun UK, remaja itu didakwa dihukum oleh seorang guru selepas dipercayai membawa snek ke dalam dorm.

Menurut portal itu, kejadian berkenaan didakwa berlaku pada 10 malam, 10 Jun lalu.

Dalam insiden itu, ketua pelajar mendakwa terdapat snek di katil remaja tersebut dan mengarahkannya melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.

Namun, mangsa menafikan makanan itu adalah miliknya dan memaklumkan bahawa dia pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020.

Kredit: The Sun

Bagaimanapun, ketua pelajar itu didakwa tetap berkeras menyuruh mangsa meneruskan ketuk ketampi di bawah pemantauan seorang guru yang didakwa tidak menghentikan kekerasan berkenaan.

Lantaran itu, mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan serius pada kaki selain diberitahu akan mengalami cacat kekal dan sekarang perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

Memetik The Sun, murid tersebut turut disahkan mengalami depresi susulan peristiwa itu serta perlu berjalan menggunakan topang.

Pihak sekolah menawarkan RMB 109,774 (kira-kira RM71,236) kepada keluarga mangsa namun ditolak, tulis portal itu.

Sementara itu, guru yang terlibat dilaporkan telah dipecat pada 14 Julai lalu manakala siasatan masih berjalan.

Sumber: The Sun UK

Amira

Love yourself.