Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan umat Islam yang berkemampuan. Setiap kali masuk bulan Zullhijjah iaitu bulan terakhir tahun hijrah, maka umat Islam di seluruh dunia akan mengunjungi Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Di zaman serba moden macam sekarang, kapal terbang menjadi pilihan utama jemaah haji untuk berangkat ke Tanah Suci. Menaiki kapal terbang lebih cepat dan mudah untuk para jemaah menempuhi ke Baitullah yang berbatu-batu jauhnya.
Tapi sebelum kapal terbang dikomersialkan di Malaysia, macam mana pula datuk moyang kita berangkat ke Tanah Suci?
Melalui akaun DSK School of Management, pengguna TikTok ni memuatnaik klip keberangkatan jemaah haji sekitar tahun 1965. Di zaman itu, perjalanan jemaah untuk ke Tanah Suci menggunakan kapal laut, tak seperti sekarang.
Pada masa tu, hanya pemimpin negara yang berangkat ke Tanah Suci menggunakan kapal terbang khas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Jeddah yang menerima pesawat jemaah haji setiap 10 minit. Manakala jemaah haji yang menaiki kapal laut pula berlabuh di Perlabuhan Jeddah.
Namun perjalanan dengan kapal laut ni tak semudah yang disangka. Kalau sekarang, untuk sampai Mekkah hanya mengambil masa 8 ke 9 jam menaiki kapal terbang. Tapi dengan kapal laut, tempoh pelayaran pergi balik boleh sampai 14 ke 16 hari.
Para jemaah sampai ada yang bawak bekalan makanan sendiri untuk menempuh perjalanan yang sangat panjang ni. Dikatakan satu kapal laut boleh menampung 2,000 ke 2,500 penumpang, dengan tambang kira-kira RM800.
@dskschoolofmanagement1 Seruan Suchi #xyzbca #education #1965 #mecca #mekkah #dskschoolofmanagement #pengurusanhajiumrah #hajiumrah
♬ original sound – Dsk School Of Management – Dsk School Of Management
Sumber: FINAS, DSK School of Management