Siakap Keli
Gambar: Times Now

Letak Kasut Tempat Tak Sesuai, Suami Fail Saman Terhadap Isteri, Dakwa Jadi Punca Tersadung & Jatuh Tangga Hingga Cedera

Seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat cuba memfailkan saman terhadap isterinya kerana didakwa meletakkan kasut di tempat yang tidak sesuai sehingga menyebabkan dia tersadung dan jatuh tangga.

Ekoran daripada itu, lelaki tersebut dilaporkan menderita patah tulang.

Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan pada baru-baru ini telah menolak tuntutan lelaki tersebut terhadap isterinya atas kejadian yang berlaku pada bulan Februari 2018 itu.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki tersebut sedang menolong tunangnya pada ketika itu dengan membawa beberapa jug cuka ke ruang bawak tanah rumahnya.

Dia kemudiannya telah tersandung pada sepasang kasut dan terjatuh dari tangga. Akibat daripada itu, dia dilaporkan menderita patah tulang kaki, lengan serta tangannya.

Berikutan daripada itu, dia memfailkan saman terhadap isterinya dengan mendakwa bahawa kecuaian tersebut telah membuatkannya terpaksa menanggung kos perubatan sebanyak ASD$ 80,000 serta kehilangan pendapatan berjumlah ASD$ 18,000 kerana tidak dapat bekerja.

Kecederaannya itu telah menyebabkannya terpaksa menjalani tiga pembedahan dan sesi terapi fizikal selama beberapa bulan untuk pulih.

Pada bulan Oktober 2019, peguam lelaki itu telah memfailkan saman terhadap tunangnya dengan alasan bahawa dia telah mewujudkan keadaan berbahaya di rumahnya dan gagal dalam tugasnya sebagai tuan rumah untuk melindungi tetamu.

Namun apa yang peliknya, pada bulan April tahun yang sama lelaki tersebut telah bertindak berkahwin dengan tunangnya itu.

Semasa angkat sumpah, wanita terbabit memberi keterangan bahawa dia selalu meninggalkan kasutnya di belakang pintu, dan tidak pernah terdetik untuk memberitahu tunangnya berkenaan perkara tersebut.

Dia juga menambah bahawa dia tak nampak yang suaminya itu terjatuh serta betul-betul yakin bahawa dia terjatuh disebabkan kasut berkenaan.

Peguam wanita terbabit menyatakan bahawa anak guamnya itu bertanggungjawab berkenaan keberadaan kasut tersebut namun ianya tidak perlu sehingga ambil tindakan undang-undang terhadap kecederaan yang dialaminya.

“Sekiranya si suami gunakan rawatan biasa dan melihat kemana dia jalan, terutamanya memandang ke bawah untuk menuruni tangga, dia pastinya akan terlihat kasut itu di atas lantai,” kata peguam wanita tersebut.

Tiga panel hakim di Mahkamah Rayuan tersebut bersetuju dengan peguam defendan dan menolak tuntutan saman lelaki itu.

Menurut dokumen dari mahkamah, kedua-dua mereka telah pun berkahwin dan masih berkahwin sehingga ke hari ini.

Sumber: Oddity Central

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.