Siakap Keli
Gambar: Fahmi Hassan

“Memalukan Tuan..,” Kucing Selamba Lepak Rumah Jiran, Buat Macam Rumah Sendiri

Berselindung di sebalik kecomelannya, kucing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang sangat nakal. Setiap hari akan ada saja perangai pelik dan ‘tidak senonoh’ yang ditunjukkan oleh mereka.

Perangai mereka yang selalu suka merayau-rayau juga terkadang membuatkan tuan mereka pening. Manakan tidak, ada sesetengah kucing yang sangat gemar memasuki kawasan rumah orang lain untuk bersantai dan meminta-minta makanan.

Situasi itu dialami oleh pengguna Twitter, Dr Fahmi Hassan, yang berkongsikan mengenai kucingnya yang telah memasuki rumah jiran dan duduk bersantai seperti berada di rumah sendiri.

Menerusi tangkap layar perbualannya di WhatsApp, Dr Fahmi terkejut setelah diberitahu oleh jirannya mengenai kucing hitam itu.

Memalukan tuan je lah kau ni!

Dr Fahmi mengatakan bahawa dia tidak perasan kucingnya keluar sehingga boleh menyelinap masuk ke dalam rumah jirannya itu.

Apa yang menghiburkan adalah kucing itu nampaknya tidak kekok dan tidur dengan sangat lena seperti berada di rumah sendiri.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi mengenai kucing mereka yang sering merayau-rayau di rumah jiran.

Sumber: Fahmi Hassan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.