Siakap Keli

Menjelang Piala Thomas & Uber, Chong Wei Pesan Jangan ‘Rasis-rasis’, Ajak Semua Bagi Sokongan Padu

Selepas berakhirnya Piala Sudirman pada minggu lalu, skuad badminton negara yang dibarisi oleh pemain-pemain muda kini memberi fokus kepada pertandingan  Piala Uber dan Piala Thomas yang akan berlangsung di Denmark tidak lama lagi.

Dengan prestasi yang sangat baik di Piala Sudirman, pastinya ramai yang mengharapkan agar para pemain mengekalkan momentum mereka dan mengharumkan nama negara.

Berjuang harumkan nama negara

Turut berharap akan hal yang sama adalah bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah memberikan kata-kata semangat buat skuad badminton negara.

Selepas prestasi yang menakjubkan di Piala Sudirman, Chong Wei berharap skuad muda negara akan terus berjuang mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Menerusi kirimannya di Facebook, beliau juga berkata Piala Thomas sangat bermakna buat negara selepas kejayaan menjulangnya pada tahun 1992. Ia bahkan menjadi pencetus untuk generasinya menceburi sukan badminton.

Ramai yang kali pertama menyarung baju Malaysia di Piala Thomas dan Piala Uber, sudah pasti anda akan terasa cemas. Apatah lagi Piala Thomas ibarat piala negara. Tidak dinafikan kebanyakan generasi saya menceburi sukan ini setelah menyaksikan kemenangan skuad negara pada tahun 1992.

Angkat tangan siapa tidak pernah menonton winning smash Soo Beng Kiang yang menggemuruhkan negara? Kebetulan kali ini, anak saudaranya Soh Wooi Yik pula menggalas tanggungjawab sebagai pasangan bergu pertama,” katanya.

Tidak memberikan tekanan pada diri

Chong Wei turut menasihatkan skuad negara untuk tidak memberi tekanan kepada diri sendiri terutama selepas prestasi baik di Piala Sudirman.

“Imbas kembali persembahan terbaik anda dan cuba mengatasinya, demi lambang di dada.

“Jangan silap, perasaan cemas yang kamu rasa itu bukan nervous sebenarnya, tetapi teruja, excited, untuk mempersembahkan yang terbaik.

“Kami seluruh rakyat Malaysia akan menyokong kamu! Demi Malaysia! Malaysia Boleh!,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Chong Wei turut berpesan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak mengeluarkan komen atau hujah yang rasis dan mencarut. Menurutnya, ketika di gelanggang, para pemain bermain sebagai rakyat Malaysia yang mencuba sedaya upaya untuk negara. Justeru, kita seharusnya bersama-sama menyokong perjuangan mereka.

“Time turun gelanggang, memang lupa yang kami ni Melayu ke Cina ke India, tetapi Malaysian against the world. Kami sekadar rakyat Malaysia yang mencuba sedaya upaya untuk negara.”

Kepada sesiapa yang begitu pandai nak rasis-rasis, mai ChongWei pinjamkan raket, lu turun gelanggang main,” ujarnya.

Selamat maju jaya untuk pasukan Malaysia, semoga segala usaha yang sudah dilakukan selama ini berhasil memperoleh kejayaan.

Sumber: Lee Chong Wei

Sofea

There's always another side to every story