Siakap Keli

#TakkanTakTahu Yang Azhan Rani Jadi Mat Rock Terus Bila Tahu 3 ‘Benda’ Best Ni Ada Dalam Aplikasi foodpanda

Waktu PKP sejak tahun lepas lagi kita dah terbiasa order makanan online je kan. Yelah, bila dah diarahkan duduk rumah ni kadang-kadang malas nak masak, jadi memang foodpanda je la jadi pilihan nak makan lunch ataupun dinner kan. Sampaikan rider-rider foodpanda pun dah dianggap sebagai frontliner sebab berkhidmat untuk rakyat ketika pandemik.

pandamart

Siapa yang dah setia order dengan foodpanda ni #TakkanTakTahu yang foodpanda sekarang dah ada pandamart yang ada jual macam-macam barangan keperluan harian. Tak payah lagi nak keluar masuk pasaraya waktu pandemik ni. Order je dari pandamart rider-rider hensem foodpanda berbaju pink akan tolong hantarkan. Lagi senang kan kalau macam ini sebab semua barangan keperluan boleh dapat dengan satu klik, tap-tap sahaja selepas itu, ta-da! Semua barang sampai dengan lengkap dan berkualiti.

Diskaun &  pandapro

 

Korang pun #TakkanTakTahu yang foodpanda ni banyak kod diskaun setiap hari. Ada diskaun 10%, ada diskaun 30% dan ada juga diskaun penghantaran percuma. Korang jugak boleh dapat diskaun untuk foodpanda shops dan bila buat pesanan melalui pick-up. Memang ramai nak berjimat waktu pandemik ni. Yelaa, ramai yang pendapatan terjejas kan. Kalau korang langgan pandapro tu lagi banyak diskaun dan benefit yang korang akan dapat. Masuk je apps foodpanda dan langgan pandapro terus. Memang jimat banyak.

Group Order

Korang yang duk rumah sewa ramai-ramai tu pun #TakkanTakTahu yang apps foodpanda boleh buat Group Order. Tak payah kongsi telefon nak buat order kat apps foodpanda dan duit penghantaran cuma bayar sekali sahaja. Jimat teruk kan? Yang duduk rumah sewa ramai-ramai tu memang ngam kalau buat Group Order ni.

Alah payah sangat nak faham, korang tengok je Delivery ke Hati Seri dari foodpanda yang akan ditayangkan secara eksklusif di TV3 dan TV9 bermula 11 Oktober 2021 pada jam 7.58 malam. 5 minisode ini akan ditayangkan selama 5 hari berturut-turut. Kalau korang ada akaun WeTV pun boleh tengok secara digital eksklusif di WeTV bermula 16 Oktober ini. Ada 5 TV kapsul dalam Bahasa Malaysia dan 5 TV kapsul Bahasa Inggeris. Barisan pelakon pun hebat-hebat tau. Ada Adibah Noor, Azhan Rani, Shasha Abedul dan Sean Lee. Penampilan khas dari lejen Man Kidal dan Kugiran Masdo.

Korang jangan lupa tau tonton Delivery ke Hati Seri ni.Memang terhibur dan ada jugak part yang kelakar. Boleh tonton seisi keluarga. Gelak-gelak dengan anak isteri depan TV. Seronok gila wei.

Ini aku belanja sikit kat korang Azhan Rani jadi Mat Rock Kapak lepas tahu aplikasi foodpanda ada macam-macam keistimewaan dan diskaun berganda-ganda.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)