Siakap Keli

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Arwah Adib Secara Menyeluruh – PM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media memaklumkan kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat secara menyeluruh kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA melalui akaun rasmi Twitter agensi berita itu.

Penubuhan jawatankuasa khas itu adalah bukti komitmen kerajaan bagi memastikan kematian Muhammad Adib mendapat pembelaan sewajarnya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas siasatan bagi mengkaji dakwaan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Turut diwujudkan juga satu pasukan petugas khas untuk menyemak semula undang-undang berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.